Terabai Jika Mengabaikan....
Saturday, 20 August 2011 | 17:51 | 0 Blackjack
Siksaan bagi orang yang mengabaikan solat...-orang yang mengabaikan solat akan diseksa dengan 15 seksaan;enam daripadanya akan diterima di dunia,tiga daripadanya ketika dihujung nyawa,tiga lagi ketika berada di alam kubur dan tiga yang terakhir di hari kiamat...
6 seksaan diterima di dunia..
- usia tiada keberkatan
- dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya
- tiada pahala setiap amalan yang dilakukan
- doa sia-sia kerana tidak dimakbul oleh Allah
- semua makhluk di dunia membencinya
- tidak menerima bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh
3 seksaan ketika di hujung nyawa..
- matinya adalah dalam kehinaan
- matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar
- matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga
3 seksaaan ketika di alam kubur..
- kuburnya disempitkan
- dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan
- ular yang dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat
3 seksaan dihari kiamat...
- malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka
- mendapat kemurkaan Allah yang amat hina
- Allah akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka
*untuk mengelak daripada terabai,maka peliharalah solat kita melebihi daripada memelihara maruah kita sesama manusia di dunia ini...