Mengumpat Itu Jijik...
Sunday, 11 September 2011 | 16:51 | 0 Blackjack
Menurut al-Zamakhshari dalam tafsirnya al-Kashshaf,kiasan dalam ayat 12 Surah al-Hujurat ini didatangkan dalam keadaan menunjukan betapa perbuatan mengumpat itu sangat hina dan keji.Antaranya ia didatangkan dalam keadaan berikut :-
1) Menggunakan uslub istifham (gaya bahasa pertanyaan) tetapi memberi makna taqrir (kenyataan).
2) Menjadikan sesuatu yang dibenci itu berkaitan dengan sesuatu yang di sayangi iaitu " memakan daging
saudara sendiri ".
3) Tidak mendatangkan perumpamaan sekadar memakan daging manusia secara umum,akan tetapi sesuatu
yang lebih dahsyat iaitu memakan daging saudara sendiri.
4) Menyifatkan daging saudara yang dimakan itu daripada tubuh badan saudara yang sudah mati.