10 Perkara Yang Merosakkan Otak...
Thursday, 27 October 2011 | 22:28 | 0 Blackjack
1)Tidak mengambil sarapan pagi...~ Otak merupakan organ yg paling banyak menggunakan tenaga,iaitu sebanyak 25 % daripada keperluan tenaga
badan.Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan
mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi
kurang aktif pada hari tersebut.
2) Terlebih makan...
~ Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak semakin baik.Makan berlebihan menyebabkan banyak
darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai
kepada otak.Ini mengakibat mengantuk,malas dan hilang daya fokus.
3) Merokok...
~ Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel
otak.
4) Mengambil gula berlebihan...
~ Gula berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga boleh mengganggu
perkembangan otak yang sihat.
5) Menghidu udara yang tercemar...
~ Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Menghidu udara yang tercemar
menyebabkan kerosakkan sel-sel otak.Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kpd asap
rokok yg sangat merbahaya kpd otak.
6) Tidur yang berlebihan...
~ Tidur adalah baik utk kesihatan otak kita.Namun tidur yg berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan
melemahkan daya berfikir seseorang.
7) Tidur dengan menutup muka...
~ Tidur sambil meniarap dan menekup muka kebantal atau menutup dgn buku atau lengan boleh
menyebabkan banyak gaskarbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.Ini boleh
menyebabkan otak kekurangan oksigen.
8) Kurang berimaginasi...
~ Berfikir merupakan satu cara yang baik utk mengasah otak kita.Kurang berimaginasi menyebabkan tahap
kecerdasan otak menurun.
9) Jarang berfikir...
~ Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lemah dan tidak aktif.Maka,selalu berfikir akan melatih
otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.
10) Tidak membaca Al-Quran...
~ Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t.Membacanya akan memberi banyak manfaat kpd badan
kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak.Tidak Membaca Al-Quran
menyebabkan otak kita dungu dan dangkal.